ILMU, IMAN DAN AMAL

berlimu, berakhlak, patriotik, beramal dan berketrampilan

Saturday, February 5, 2011

TATU 2011

KERTAS KONSEP

PERSEMBAHAN TATU

PASUKAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

2011

ANJURAN

BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMPAT

STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR

TARIKH

20 JUN 2011

1. Latar Belakang

Pada 20 November 1996 , buat pertama kalinya KPM telah menganjurkan persembahan tatu yang melibatkan penyertaan daripada 7 jenis badan beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kor Kadet Polis , Kadet Bomba dan Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Pancaragam dan Pasukan Seni Silat.

Penyertaan tersebut telah disaksikan oleh lebih 20,000 penonton dan diadakan di Stadium Merdeka dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid b. Mohd. Noordin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mewakili Menteri Pelajaran.

Persembahan yang diadakan mengambil masa 85 minit dengan melibatkan 3100 orang peserta, 78 orang jurulatih dan penolong jurulatih dari pelbagai agensi serta menggunakan tempoh 179 jam latihan selama 46 hari.

Pada tahun 2006 persembahan TATU Pasukan Badan Beruniform melibatkan seramai 2500 orang guru dan murid diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 September 2006 yang dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Komala Devi.

Kejayaan pengendalian tatu ini telah menjadi landasan kepada pihak KPM untuk mengulanginya selepas 2 kali mengadakannya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperagakan Pasukan Badan Beruniform kepada masyarakat umum.

2. Rasional

Peningkatan penyertaan murid dalam badan beruniform di sekolah-sekolah telah menyemarakkan lagi hasrat Kementerian Pelajaran untuk memperagakan kemampuan pelajar membuat persembahan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperolehi semasa menganggotai badan beruniform. Kepelbagaian aktiviti dalam tatu juga akan dapat menyatukan anggota badan-badan beruniform di sekolah dan agensi-agensi yang terlibat dalam satu suasana bekerja yang harmonis serta meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum seperti kehendak negara.

3. Matlamat

Tatu kali ini dilaksanakan dengan bermatlamat untuk memupuk perpaduan dan integrasi serta menyerlahkan kewibawaan anggota badan beruniform melaksanakan tanggungjawab dan komitmen untuk menjayakan hasrat KPM memperagakan hasil kegiatan kokurikulum kepada masyarakat.

4. Objektif


4.1 Memberi peluang kepada semua badan beruniform mengexplorasi bakat anggota masing- masing dalam bidang yang dipelajari.

4.2 Mendapat pendedahan persembahan bertaraf nasional.

4.3 Menunjukkan kebolehan dan kemahiran diri secara terancang dan terpimpin.

4.4 Memberi keyakinan diri untuk menjadi pelajar yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan dalam pasukan beruniform yang disertai.

4.5 Memupuk disiplin yang tinggi melalui keseragaman perlakuan dalam aktiviti badanberuniform.



5. Pelaksanaan Persembahan

5.1 Penyertaan seramai 2,500 peserta.

5.2 Penglibatan semua jenis badan beruniform yang dikendalikan oleh KPM dan agensi-agensi berkaitan.

5.3 Pengisian pelbagai aktiviti asas badan beruniform, pengolahan aktiviti yang kreatif, menambahkan cabaran dalam persembahan, menonjolkan kemampuan dalam penguasaan kemahiran.

5.4 Persembahan akan diagihkan kepada semua JPN untuk terlibat mengikut kemampuan dan kepakaran yang ada di setiap negeri.

5.5 Tetamu khas – DYMM Yang DiPertuan Agung / Perdana Menteri

6. Penutup


Adalah diharap semua negeri akan bersedia menerima dan memikul tugas untuk menyelaraskan latihan dan persembahan serta melibatkan agensi berkaitan di peringkat negeri bagi menjayakan tatu kali ini. Dengan kerjasama yang erat dari Jabatan atau agensi berkaitan dan juga Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan menyediakan semua keperluan mengikut kehendak dan keutamaan serta peruntukan kewangan yang baik , program TATU 2011 pasti akan berjaya dilaksanakan..

Friday, May 21, 2010

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KRS TAHAP 3


BULAN

MINGGU

AKTIVITI

RUJUKAN

JANUARI

1

1.0 Kawad

- Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 25

2

2.0 Kawad

- Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 25

FEBRUARI

3

3.0 Kawad

- Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

3.1 Kerohanian

a. memimpin sembahyang jemaah

b. menghafaz dua hadis pendek dari

kitab hadis 40.

Moral

- Pengucapan awam:

Contoh tajuk :

  1. Sesal Kemudian Tidak Berguna
  2. Etika Perniagaan yang baik
  3. Pengorbanan kaum ibu
  4. Fikir sebelum bertindak
  5. Lain-lain tajuk yang sesuai

Rujuk Buku Fardhu A’in

4

4.0 Kawad:

a. Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

b. Kawad tongkat

4.1 Ketatanegaraan:

  1. Nama dan jawatan jemaah kabinet
  2. Menulis rencana biodata Perdana Menteri

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 106

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 22

MAC

5

5.0 Kawad :

a. Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

b. Mengendalikan pelbagai jenis kawad

5.1 Ujian kecergasan :

  1. Larian 2.4km (Lelaki – 12 min, Perempuan – 15 min)
  2. Bangkit Tubi – 30kiraan/min
  3. Tekan tubi – 20 kiraan/min
  4. Lentik Belakang – 20 kiraan/min
  5. Angkat beban yang setara berat anggota kadet/ tidak kurang 50kg

Rujuk Buku Panduan KRS m/s 66

6

6.0 Kawad :

a. Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

b. Mengendalikan pelbagai jenis kawad

6.1 Jenis ikatan:

a. High element activity – abseiling, flying fox,

repelling, ascending

b. membuat lima simpulan/ Ikatan pemancing

c. membina 3 jenis gajet

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 26

APRIL

7

7.0 Kawad:

a. Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

b. Mengendalikan pelbagai jenis kawad

7.1 Kompas:

a. Orienteering di kawasan sekolah

b. Orientasi peta

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 66

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 27

8

8.0 Kawad

- Perintah kawad sebagai ketua dan

menguruskan perhimpunan

8.1 Ikhtiar hidup:

a. mengenali pokok-pokok perubatan atau

tumbuhan atau buah-buahan yang

boleh dimakan/minum

b. membuat perangkap atau jerat

c. memasak kaedah ikhtiar hidup

d. membina dan mengendali rakit buluh/

tiub getah

e. membina tempat tinggal

(pilih satu mengikut kesesuaian )

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 27

MEI

9

9.0 Kawad

9.1 Pertolongan cemas/ Bantu mula:

a. menguasai 3 kaedah praktikal

pemulihan pernafasan

- mulut ke mulut

- holger – nelson

- silvester

Catatan: Secara teori atau dengan bantuan pihak luar yang berkaitan (PBSM, St.John, Jab. Kesihatan)

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 28

10

10.0 Kawad (Ulangkaji)

10.1 Perkhemahan :

a. membantu menguruskan

perkhemahan selama 2 hari 1 malam

/ menjadi AJK kecil

b. menyertai perkhemahan selama 4

hari 3 malam di luar sekolah

  1. merancang dan mengendalikan satu aktiviti terancang dalam perkhemahan (tentatif program)

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 26

JUN

11

11.0 Kawad (Ulangkaji)

11.1 Kebudayaan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 30

12

12.0 Kawad (Ulangkaji)

12.1 Berbasikal / Motosikal

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 27

JULAI

13

13.0 Kawad (Ulangkaji)

13.1 Kayak:

a. Kemahiran asas kayak

b. pengendalian kayak

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 27

14

14.0 Kawad (Ulangkaji)

14.1 Khidmas

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 31

OGOS

15

15.0 Kawad (Ulangkaji)

15.1 Alam sekitar

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 32

16

16.0 Kawad (Ulangkaji)

16.1 Keusahawanan:

a. Rekacipta

b. Kraftangan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s34 & 36

SEPTEMBER

17

17.0 Kawad (Ulangkaji)

17.1 Keusahawanan:

a. Jahitan dan masakan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 35

18

18.0 Kawad (Ulangkaji)

18.1 Ikatan :

a. Membuat lima jenis ikatan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 26

OKTOBER

19

19.0 Kawad (Ulangkaji)

19.1 Kursus asas kebombaan

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 29

20

20.0 Kawad (Ulangkaji)

20.1 Seni mempertahankan diri

Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 29