ILMU, IMAN DAN AMAL

berlimu, berakhlak, patriotik, beramal dan berketrampilan

Saturday, February 5, 2011

TATU 2011

KERTAS KONSEP

PERSEMBAHAN TATU

PASUKAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

2011

ANJURAN

BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMPAT

STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR

TARIKH

20 JUN 2011

1. Latar Belakang

Pada 20 November 1996 , buat pertama kalinya KPM telah menganjurkan persembahan tatu yang melibatkan penyertaan daripada 7 jenis badan beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kor Kadet Polis , Kadet Bomba dan Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Pancaragam dan Pasukan Seni Silat.

Penyertaan tersebut telah disaksikan oleh lebih 20,000 penonton dan diadakan di Stadium Merdeka dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid b. Mohd. Noordin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mewakili Menteri Pelajaran.

Persembahan yang diadakan mengambil masa 85 minit dengan melibatkan 3100 orang peserta, 78 orang jurulatih dan penolong jurulatih dari pelbagai agensi serta menggunakan tempoh 179 jam latihan selama 46 hari.

Pada tahun 2006 persembahan TATU Pasukan Badan Beruniform melibatkan seramai 2500 orang guru dan murid diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 September 2006 yang dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Komala Devi.

Kejayaan pengendalian tatu ini telah menjadi landasan kepada pihak KPM untuk mengulanginya selepas 2 kali mengadakannya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperagakan Pasukan Badan Beruniform kepada masyarakat umum.

2. Rasional

Peningkatan penyertaan murid dalam badan beruniform di sekolah-sekolah telah menyemarakkan lagi hasrat Kementerian Pelajaran untuk memperagakan kemampuan pelajar membuat persembahan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperolehi semasa menganggotai badan beruniform. Kepelbagaian aktiviti dalam tatu juga akan dapat menyatukan anggota badan-badan beruniform di sekolah dan agensi-agensi yang terlibat dalam satu suasana bekerja yang harmonis serta meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum seperti kehendak negara.

3. Matlamat

Tatu kali ini dilaksanakan dengan bermatlamat untuk memupuk perpaduan dan integrasi serta menyerlahkan kewibawaan anggota badan beruniform melaksanakan tanggungjawab dan komitmen untuk menjayakan hasrat KPM memperagakan hasil kegiatan kokurikulum kepada masyarakat.

4. Objektif


4.1 Memberi peluang kepada semua badan beruniform mengexplorasi bakat anggota masing- masing dalam bidang yang dipelajari.

4.2 Mendapat pendedahan persembahan bertaraf nasional.

4.3 Menunjukkan kebolehan dan kemahiran diri secara terancang dan terpimpin.

4.4 Memberi keyakinan diri untuk menjadi pelajar yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan dalam pasukan beruniform yang disertai.

4.5 Memupuk disiplin yang tinggi melalui keseragaman perlakuan dalam aktiviti badanberuniform.



5. Pelaksanaan Persembahan

5.1 Penyertaan seramai 2,500 peserta.

5.2 Penglibatan semua jenis badan beruniform yang dikendalikan oleh KPM dan agensi-agensi berkaitan.

5.3 Pengisian pelbagai aktiviti asas badan beruniform, pengolahan aktiviti yang kreatif, menambahkan cabaran dalam persembahan, menonjolkan kemampuan dalam penguasaan kemahiran.

5.4 Persembahan akan diagihkan kepada semua JPN untuk terlibat mengikut kemampuan dan kepakaran yang ada di setiap negeri.

5.5 Tetamu khas – DYMM Yang DiPertuan Agung / Perdana Menteri

6. Penutup


Adalah diharap semua negeri akan bersedia menerima dan memikul tugas untuk menyelaraskan latihan dan persembahan serta melibatkan agensi berkaitan di peringkat negeri bagi menjayakan tatu kali ini. Dengan kerjasama yang erat dari Jabatan atau agensi berkaitan dan juga Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan menyediakan semua keperluan mengikut kehendak dan keutamaan serta peruntukan kewangan yang baik , program TATU 2011 pasti akan berjaya dilaksanakan..

No comments:

Post a Comment